APRIL 2024

Premier Sarawak Luang Masa Bersama Pelajar Sarawak Di Leeds


LEEDS, 20 Apr: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama pelajar Sarawak di sini.

Majlis turut diselitkan dengan sesi perkongsian mengenai Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah yang berlangsung di Poland.

Pada forum berkenaan, Premier Sarawak akan menyertai sesi Debate Regions for the Planet bagi berkongsi persepektif Sarawak ke arah peralihan tenaga boleh diperbaharui serta kelestarian alam sekitar. 

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Premier Sarawak tiba di Leeds pada Jumaat bagi mengetuai delegasi kerajaan negeri dalan lawatan kerja ke Eropah. - Teks & Foto ehsan TVS